Pengenalan

Pengenalan

Salam

Selamat datang ke laman Final Year Project Fakulti Sains dan Teknologi Maklumat (FYP FSTM), Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor.

Laman FYP FSTM KUIS ini dibangunkan khusus buat pelajar-pelajar di bawah penyeliaan pensyarah-pensyarah di FSTM. Laman ini bertujuan menjadi medan rujukan penyelia dan pelajar-pelajar dalam mendapatkan panduan, info terkini, makluman, tarik-tarikh penting dan sebagai medan rujukan sepanjang proses pelaksanaan projek tahun akhir pelajar di Fakulti Sains dan Teknologi Maklumat (FSTM), KUIS.

Pelajar-pelajar tersebut merangkumi pelajar dari program berikut:

Peringkat Diploma:

  1. Diploma Teknologi Maklumat (Multimedia)
  2. Diploma Sains Komputer

Peringkat Ijazah Sarjana Muda:

  1. Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat (Multimedia)(Kepujian)
  2. Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat (Teknologi Rangkaian)(Kepujian)
  3. Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Perisian (Kepujian)

Laman mengandungi maklumat berkaitan:

  1. Pengenalan FYP FSTM.
  2. Makluman berkaitan FYP daripada Koordinator FYP FSTM.
  3. Senarai nama penyeliaan FYP bagi sesi semasa pengajian.
  4. Senarai nama pelajar FYP I dan FYP II berdaftar bagi sesi semasa pengajian.
  5. Takwim FYP bagi sesi semasa pengajian.
  6. Jadual pembentangan FYP I dan FYP II bagi sesi semasa pengajian.
  7. Panduan format FYP.
  8. Borang-borang berkaitan FYP.

Segala permasalahan berkaitan FYP, sila hubungi Koordinator FYP FSTM, Pn. Asrina di alamat email asrina@kuis.edu.my atau WhatsApp di talian 012-3387572.

 

Advertisements
Penghantaran Tesis Berjilid Bagi FYP 2, Uncategorized

UP pelajar FYP 2: Penghantaran Tesis Berjilid

Salam

  • Pelajar FYP 2 perlu mendapat kebenaran penyelia TERLEBIH DAHULU sebelum dibenarkan menjilid tesis. Borang kebenaran menjilid tesis:

FYP2_Binding Approval_Form

Nota: Sila pastikan anda telah mengikut panduan format penulisan tesis FSTM KUIS sebelum menjilid tesis. 

Format penulisan tesis boleh didapati di URL berikut :

Panduan Penulisan Tesis FSTM KUIS

  • Utk program pengajian di FSTM:
    • Warna hard bind cover tesis Diploma ialah biru tua.
    • Warna hard bind cover tesis Ijazah Sarjana Muda ialah hijau tua.

Tulisan pada hard bind cover ialah warna emas.

  • Bagi pelajar SMUM, sila rujuk format FPPI.
  • Penghantaran tesis berjilid sebanyak 3 salinan hard bind cover berserta 3 salinan CD selewat-lewatnya pada 6 Mac 2018 (Selasa) minggu ke 15.
  • Penyelia perlu menghantar markah penilaian penyelia pada 7 Mac 2018 (Rabu) minggu ke 15.

Image result for Semoga dipermudahkan urusan

Gerak Kerja Selepas Pembentangan FYP I dan FYP 2

Pembetulan Draft Report FYP I dan 2

Salam

Tahniah kepada pelajar-pelajar yang telah membentang FYP masing-masing. Kepada yang tidak membentang, jangan putus asa. Tingkatkan lagi usaha agar boleh membentang pada sesi akan datang.

cropped-cropped-keepcalmtesis.jpg

  1. Gerak kerja seterusnya ialah pembetulan draft report FYP I dan 2 berdasarkan komen-komen yang diterima semasa sesi pembentangan FYP yang lepas. Pembetulan draft perlu dihantar kepada penyelia masing-masing utk penilaian markah oleh penyelia projek pula.
  2. Penyelia akan mengisi borang pemarkahan bagi setiap pelajar yang diselia, berserta justifikasi status pelajar FYP di bawah seliaan. (Contoh justifikasi status: Alasan kenapa tidak dibenarkan membentang, pelajar bermasalah (kesihatan/kewangan/sahsiah), pelajar ghaib, pelajar gagal menyiapkan projek, tidak mendengar nasihat penyelia, pelajar biadab dll).
  3. Pelajar-pelajar perlu menghantar pembetulan draft report selewat-lewatnya pada 1 Mac 2018 (Khamis) minggu ke 14.
  4. Penyelia perlu menghantar markah penilaian penyelia pada 7 Mac 2018 (Rabu) minggu ke 15.

Segala kerjasama daripada pelajar-pelajar dan pensyarah saya dahului dengan ucapan Jazakallahu Khairan Kathira.

Sekian, harap maklum.

 

Jadual Pembentangan FYP 2 MITEX 2018, Uncategorized

Jadual pembentangan FYP 2 MITEX 2018 (Sesi Petang, pukul 2.00 ptg – 5.00 ptg)

Jadual pembentangan FYP 2 MITEX 2018 bagi program DIT/DCS/BIT/BCNT dan SMUM:

JADUAL PEMBENTANGAN FYP II SESI PETANG MITEX 2018

Pendaftaran pelajar bermula pada pukul 1.30 tengahari. Sesi penilaian bermula pada pukul 2.00 petang hingga 5.00 petang.

Pelajar diminta duduk di dalam makmal, menunggu nama dipanggil untuk membuat pembentangan poster. Sila bawa draf tesis, poster dan produk projek masing-masing. Sebelum membentang, sila ambil borang penilaian markah di kaunter urusetia (berhadapan pejabat BTM).

Pensyarah yang menilai diminta mengisi terus markah penilaian dan terus hantar borang penilaian ke kaunter urusetia sejurus selepas sesi pembentangan berakhir.

Jadual Pembentangan FYP 1 MITEX 2018, Uncategorized

Jadual Pembentangan FYP 1 MITEX 2018 (Sesi 1 – 8.30 pagi hingga 1 tengahari)

Jadual pembentangan FYP 1 MITEX 2018 bagi program DIT/DCS/BIT/BCNT dan SMUM:

JADUAL PEMBENTANGAN FYP 1 SESI PAGI MITEX 2018

Pendaftaran pelajar bermula pada pukul 8.30 pagi. Sesi penilaian bermula pada pukul 9.00 pagi.

Pelajar diminta duduk di dalam makmal, menunggu nama dipanggil untuk membuat pembentangan poster. Sila bawa draf tesis dan poster masing-masing. Sebelum membentang, sila ambil borang penilaian markah di kaunter urusetia (berhadapan pejabat BTM).

Pensyarah yang menilai diminta mengisi terus markah penilaian dan terus hantar borang penilaian ke kaunter urusetia sejurus selepas sesi pembentangan berakhir.

 

Persediaan Pembentangan Projek Akhir di MITEX 2018

Makluman Persediaan Pembentangan Projek Akhir Pelajar di MITEX 2018 (UP: Pelajar DIT/DCS/BIT/BCNT/BSE/SMUM)

Salam

Makluman Persediaan Pembentangan Projek Akhir Pelajar di MITEX 2018 (UP: Pelajar DIT/DCS/BIT/BCNT/BSE/SMUM)

Pembentangan dan penilaian FYP I dan FYP II bagi pelajar-pelajar dari  program DIT/DCS/BIT/BCNT/BSE/SMUM akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 20 Februari 2018 (Selasa).

Tempat : MK 1,2,3,4,5 dan 8.

Masa : 8.30 pagi hingga 5.00 ptg.

(Pembentangan sesi pagi utk FYP I dan pembentangan sesi petang utk FYP II).

 

Persediaan Pembentangan:

Sehubungan itu, pelajar dikehendaki membuat persediaan berikut:

FYP I: 

  1. Poster saiz A1 yang ditampal pada bahagian putih mounting board bersaiz A1.
  2. Template poster boleh didapati di URL:

Pelajar FSTM : Template Poster FYP I FSTM saiz A1

Pelajar SMUM : Template Poster FYP I FSTM saiz A1 SMUM

Rekabentuk projek (story board/system design/network design/conceptual framework/theoritical framework dan Gantt chart) ditampal pada bahagian hitam mounting board.

FYP II:

  1. Poster saiz A1 yang ditampal pada bahagian putih mounting board bersaiz A1.
  2. Demo projek.
  3. Template poster boleh didapati di URL:

Pelajar FSTM : Template Poster FYP 2 FSTM saiz A1

Pelajar SMUM : Template Poster FYP II FSTM saiz A1 SMUM

Rekabentuk projek (story board/system design/network design/conceptual framework/theoretical framework/screen shot dan Gantt chart) ditampal pada bahagian hitam mounting board.

 

Etika Pemakaian Semasa Pembentangan Projek:

Pelajar-pelajar dikehendaki berpakaian formal, kemas dan memakai kad matrik pada waktu pembentangan.

  1. Pelajar muslimin (lelaki) : Berambut pendek, berstokin, berkemeja dan bertali leher.
  2. Pelajar muslimat (perempuan) : Menutup aurat dan berstokin.

 

Adab Pembentangan Projek:

  1. Pembentangan dimulakan dengan ucapan salam, memperkenalkan diri, no. matrik, tajuk projek dan nama penyelia projek.
  2. Disusuli dengan pembentangan poster. Pembentangan dan soal jawab bagi pelajar FSTM adalah di dalam Bahasa Inggeris. Bagi pelajar SMUM, pembentangan dan soal jawab dalam Bahasa Melayu.
  3. Demo projek (bagi FYP II).
  4. Diakhiri dengan salam dan ucapan terima kasih.
  5. Masa pembentangan adalah selama 15 minit dan 5 minit untuk sesi soal jawab bagi setiap pelajar.

 

GoodLuckIslam

Template Poster Pembentangan FYP 2 SMUM

Template Poster Pembentangan FYP 2 SMUM

Template Poster Pembentangan FYP 2 SMUM:

Template Poster FYP II FSTM saiz A1 SMUM

Template poster ini digunakan utk pembentangan di program KUDUS 7.0 anjuran FPPI. Sila Save As file ke format PDF. Untuk cetakan, sila print dalam saiz A1 di atas kertas putih shj. Kos cetakan bergantung pada kedai dan tempoh cetakan dihantar. Cetakan ekpress, kos lebih tinggi.