Pengenalan

Salam

Selamat datang ke laman Final Year Project Fakulti Sains dan Teknologi Maklumat (FYP FSTM), Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor.

Laman FYP FSTM KUIS ini dibangunkan khusus buat pelajar-pelajar di bawah penyeliaan pensyarah-pensyarah di FSTM. Laman ini bertujuan menjadi medan rujukan penyelia dan pelajar-pelajar dalam mendapatkan panduan, info terkini, makluman, tarik-tarikh penting dan sebagai medan rujukan sepanjang proses pelaksanaan projek tahun akhir pelajar di Fakulti Sains dan Teknologi Maklumat (FSTM), KUIS.

Pelajar-pelajar tersebut merangkumi pelajar dari program berikut:

Peringkat Diploma:

  1. Diploma Teknologi Maklumat (Multimedia)
  2. Diploma Sains Komputer

Peringkat Ijazah Sarjana Muda:

  1. Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat (Multimedia)(Kepujian)
  2. Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat (Teknologi Rangkaian)(Kepujian)
  3. Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Perisian (Kepujian)

Laman mengandungi maklumat berkaitan:

  1. Pengenalan FYP FSTM.
  2. Makluman berkaitan FYP daripada Koordinator FYP FSTM.
  3. Senarai nama penyeliaan FYP bagi sesi semasa pengajian.
  4. Senarai nama pelajar FYP I dan FYP II berdaftar bagi sesi semasa pengajian.
  5. Takwim FYP bagi sesi semasa pengajian.
  6. Jadual pembentangan FYP I dan FYP II bagi sesi semasa pengajian.
  7. Panduan format FYP.
  8. Borang-borang berkaitan FYP.

Segala permasalahan berkaitan FYP, sila hubungi Koordinator FYP FSTM, Pn. Asrina di alamat email asrina@kuis.edu.my atau WhatsApp di talian 012-3387572.

Advertisements
%d bloggers like this:
search previous next tag category expand menu location phone mail time cart zoom edit close